8 Sebab Melayu Tidak Boleh Jadi Batman

1. Sebab Silat Banyak Bunga.
Kamu lihat sahaja cara Batman melawan musuhnya. Penuh dengan aksi mempertahankan diri yang berkesan, pantas dan tepat. Tak ada bunga-bunga pun macam silat. Kalau Batman pakai silat dijamin dia sudah tumbang awal-awal. Paling kurang pun lawannya sempat keluarkan mesingan, acu mesingan betul-betul dan menarik picu. Mati.
2. Sebab Melayu Ramai Sangat Kroni.
Kamu bayangkan, kalau Bruce Wayne yang kaya-raya itu Melayu. Pasti dia akan turunkan projek Batmobile atau Batpod ataupun Batsuit kepada kroni-kroninya. Akibatnya kroni-kroni tersebut mesti sub-kan kontrak tersebut kepada syarikat lain. Akibatnya ramai orang akan tahu identiti sebenar Batman berdasarkan jumlah topeng yang akan dihantar ke Bukit Damansara (kalau Bruce Wayne Melayu tinggal di Bukit Damansara-lah). Kantul identiti, semua orang pasti tahu. Tidak macam aku, alter ego aku masih terpelihara. Mungkin. Kalau identiti sudah terdedah semakin meriahlah Harian Metro dan Kosmo!.
3. Sebab Quality Control Kita Masih Lemah.
Kamu bayangkan, kalau Bruce Wayne hendak membina Batmobilenya, pasti dia terpaksa minta bantuan Proton, atau sekurang-kurangnya Perodua. Mesti jenuh dia menunggu Batmobilenya tiba, macam aku tunggu Satria Neo aku (sudah lebih 6 minggu!). Itu tak kira lagi perasaan bengangnya apabila dia hentak turunkan tingkap ketika hendak merokok semasa menunggu giliran di road-block, pasti tingkapnya tersangkut. Juga mungkin dia hendakkan Batmobile berwarna hitam, tetapi akibat Proton yang tidak cukup bahagian kereta mungkin terpaksa menghantar Batmobile berwarna jingga sebab tiada warna hitam. Kamu boleh bayangkan tak Batmobile warna jingga?Ini kita belum fikir kalau dia minta bantuan Naza lagi. Ingatkan boleh dapat enjin khas, tengok-tengok enjin Hyundai dalam Batmobile. Tak ke parah?
4. Sebab Kita Kecoh Dengan 'Black Metal' Sangat.
Bayangkanlah, jika ada lelaki berjubah hitam dan bertopeng berkeliaran di Jalan Tun Razak. Sudah pasti dilabel 'black metal'. Memang Batman sukar untuk bekerja akibat paranoia masyarakat kita. Mesti habis rumah Bruce Wayne di Bukit Damansara diselengkar untuk mencari tempat menyembelih kambing hitam dan bilik khas parti seks beramai-ramai. Keluar sahaja Batman di mata awam pasti beramai-ramai orang berkerumun di depan rumah selepas sembahyang Jumaat.
5. Sebab Batman Itu Kebal, Bukan?
Sudahlah berimejkan kelawar, mesti geng-geng 'Seekers' dan bomoh-bomoh handalan tercari-cari akan kekuatan Batman. Mesti tengok-tengok ada orang jual tangkal kebal Batman di Jalan Masjid India, jual jus yang dibuat dengan kelawar yang dikeringkan dan dicampur dengan air dari gua berkelawar. Geng-geng 'Seekers 'mesti pasang kamera merata-rata di tempat-tempat sunyi, semata-mata untuk 'melihat' si Batman. Datuk-datuk semua pasti tercari-carikan punca sebenar 'kekebalan' Batman, pasti timbul perkhidmatan 'urut Batman' yang diberikan khas oleh pakcik-pakcik berserban di dalam hotel-hotel murah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.
6. Sebab Orang Kita Tidak Akan Sejahat The Joker.
Siapa Batman tanpa musuh-musuhnya? Kalau Batman Melayu, siapakah yang bakal menjadi musuh ketatnya? Pihak media massa pasti akan melaga-lagakan dia dengan Anwar Ibrahim ke, Khairy Jamaluddin ke, Najib Tun Razak ke. Setakat mereka ini jentik sekali pasti tumbang. Orang Melayu kita bukan jahat sangat pun sampai mampu berlawan dengan Batman. Paling kuat pun aku rasa Mona Fandey. Atau mungkin Botak Chin.
7. Sebab Tidak Ada Siapa Yang Sanggup Menjadi Robin.
Mengapa? Ini semua akibat stigma Pembantu Peribadi Lelaki Yang Muda. Batman pun aku rasa tidak sanggup mengambil pembantu yang mungkin di masa akan datang akan menuduhnya membuat perkara-perkara tidak elok berhampiran punggungnya.
8. Sebab Kita Suka Yang Popular Sahaja.
Aku rasa tidak sampai dua bulan pun nanti Batman akan aktif melawan penjenayah. Selepas dua bulan pasti tidak akan ada orang sanggup AFUNDI dia lagi. Kalau popular pun mesti tidak boleh lawan Mawi, walaupun populariti Mawi semakin menurun semenjak dua menjak ini akibat kekurang video lakloknya di Youtube.
yelah yelah from MM. Check the blogroll. Some of my entries were even copied without permission by Malaysiakini.com afiq tak kecoh pun.

9 comments:

Danny said...

Bro.

point 2->8 make sense

but point 1.. conventional weapon should be compare with conventional weapon, memang tak setaralah kalau nak compare silat dgn conventional weapon

mcm palestine lawan zionis.. palestine pakai batu, zionis pakai bazooka..memang lar kalah kan

kalau kita kaji betul2 bunga dlm silat adalah penyeri
ada juga bunga yang makan lawan dlm gerak
ada juga silat yang tak berbunga, dia pakai buah terus :)

aper2 pun, semua bergantung kepada individu..
kadang kadang budak jual kacang tepi jalan pun tapi kalau berani semangat waja pun mungkin menang dengan black belt, kerna black tu mungkin hanya handal sparing dlm gelangang dengan kehadiran pengadil, lawan di gelanggang and lawan padang tak sama :) yang menang belum tentu hidup, yang kalah belum tentu mati..

Anonymous said...

Hahaha.. it so hilarious!! i'm copying ur entry to my blog, can la ek?...

syahiransukardi said...

adoi seriousnye danny :)

*afiq beli neo.lalalaa~*

Jannah said...

Afiq. This entry was written by Melayu Minimalis.
You should quote him or remove this entry altogether. Dah lupa kesah plagiarism Natasha Hudson dulu?

RITZ CHEWAN said...

Alamak jannah dah cakap dulu... tsk, tsk, tsk.

Although I must admit that used the same basic premise at my blog:

http://mentolity.blogspot.com/2008/07/true-identity-of-batman.html

(AFIQsays it as who said?)

;-)

afiq said...

Haah, its from MM. No permission needed actually sebab he didn't patent his entry. (yeah, afiq ramai kawan dari Law!) Natasha org dah amek baru nak buat copyright.

Ntah danny ni serious jek.. tahpape syah kan? Aku mcm ade ingat ada org tu nak belanja aku makan tapi tak pernah kesampaian lg...

missnadira said...

hmm..prefer article yg afiq buat sendiri..lagi best! =P

Danny said...

hehe... hak aler Bro.. serius kah bunyi nyer comment tu :) hehe

itu komen selamber jerr lahh... masih tersenyum ketika memberi komen ":D .. tak laahh serius sgt.. just throwing my spontanous feedback jer

Amalina said...

LOL!!! No wonder Malays have no superheroes at all!