Gerhana Matahari

Esok pada pukul 3 sehingga 5 petang kita akan saksikan gerhana matahari. Tapi seperti gerhana bulan 1 Januari lepas, jangan harapkan apa-apa yang luar biasa. Kalau rajin koreklah laci teknologi silam dan ambil satu filem kamera lama kerana ia boleh digunakan untuk pemerhatian yang lebih jelas.
Oleh kerana ia sering mendung di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya, jangan lah mengharap reaksi aneh daripada fenomena alam ini, seperti tiba-tiba mendapat kuasa seperti watak-watak drama bersiri Heroes. Kuasa untuk balik kerja awal, mungkin.
Ramai juga orang yang takut dengan fenomena alam ini kerana memang adat melayu untuk menjangka kemungkinan dekatnya hari kiamat. Di kedai mamak hari ini saya terdengar satu perbualan di antara dua pakcik yang giat dengan aktiviti MLM mereka "Gerhana hari Jumaat lagi! Dahlah nama Allah orang kristian guna...! Facebook pulak bagi duit dekat yahudi! Ish... Dunia memang nak kiamat!"
Salah satu pakcik tu saya kenal sangat sebab selalu terserempak di Cyber Cafe di Subang menghantar mesej peribadi kepada aweknya yang kelihatan seperti anak sendiri (ternampak gambar profile) Tetapi mungkin gambar profile tu hanya Avatar isterinya. Mungkin. Kalau tidak, memang tak munasabahlah pakcik tu menggunakan gambar artis pinoy yang macho lagi tidak berbaju sebagai gambar profile sendiri.
Ada satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh semua orang untuk menyambut fenomena alam ini. Senang saja, ambil beberapa telur ayam (ya, perempuan pun boleh buat) dan letakkan telur-telur tersebut dalam posisi tegak. Jika firasat fizik saya tepat, telur-telur itu akan berdiri sehingga tamat gerhana matahari.
Tapi ingat, telur ayam sahaja yang pasti akan berdiri. Telur yang lain mungkin tidak boleh. Tetapi saya tak kata tidak boleh. Anda boleh cuba.

4 comments:

tia said...

lucah lak tiba-tiba yang akhir tuh..

RazFiRa said...

bhs melayu?hehe

khairie said...

".. Kuasa untuk balik kerja awal, .."
Nice!! aku suka!!

Afiq Deen said...

Mana ada lucah. Reference pada testis lelaki sangat saintifik dan normal.

Saya mendapat A1 dalam bahasa melayu.