Kenapa Aku Tidur Sesudah Mandi Pagi

Memang banyak perkara yang melayang-layang dalam rongga tengkorak aku minggu ni.

1. Pembikinan video Democracy anjuran kerajaan Amerika.
2. Novel 4 Peringkat Ajal yang baru satu bab siap (5 bab lagi)
3. Perniagaan perkhidmatan video kahwin yang masih mentah.
4. Misi menguruskan badan sebanyak 3 kg lagi untuk mencapai berat optima.
5. Apa? Pelukis komik Shinchan dah mati?

Kadang-kadang bila tengah solat pun, otak akan masuk ke laci Nobita dan menjelajahi masa lampau dan hadapan sampai terlebih rakaat.

Setiap kali aku bangun pagi, aku akan mula berserabut "Apa nak buat dulu? Nak pergi beli mic ke nak siapkan iklan promosi? Nak itu ke nak ini? Selama sejam neuron-neuron pembuat keputusan bertelagah didalam tengkorak, badan pun dibiarkan berfungsi dalam auto mode. Gosok gigi. Cuci muka. Cukur. Mandi. Pilih seluar dalam. dll. Kalau di sekolah dulu, aku hadapi masalah anxiety ini dengan meminum sedikit Listerine. Tapi sekarang aku sudah tahu perbuatan itu haram. Ha ro mim.
Sesudah sejam, otak akan menjadi penat dan mahukan rehat. Jadi badan membuat keputusan untuk membuat sesuatu yang tidak memerlukan otak berfikir: tidur.

Ya. Satu lagi misteri personaliti diriku selesai. Aku harap pengakuan ini akan mencantas terus jangkaan segelintir orang yang aku 'bersenam' di dalam kamar mandi. Lagipun, aku bukan remaja lagi.

9 comments:

Anonymous said...

kamu minum Listerine atau kumur?

YayaEdna said...

Afiq..haha.. Rasa pelik gila bila baca your post in BM..tapi ayat tetap msh terbaik. :p melayang2 dirongga tekak..wow.

Anonymous said...

Any idea how credit crunch affected porn?


----------------
killergram

sYukCurz said...

omg! pic bugil :p

AkU said...

erk~~
strive for the best bro..

Anonymous said...

is porn the only winner during credit crunch?


----------------
kelly divine

Afiq Deen said...

yes. porn and booze. (haha, jawap SPAM)

Kalau aneh membaca, lagi aneh menulis. Dah lama sangat tak tulis bahasa melayu takut terlupa nanti.

Eh mana ada bogel. 25% je.

Strive for the best??? Hah???

Anonymous said...

well, if you're disabled u have it pretty tough in the dating game but there are specialist dating sites for disabled people



---------------
dating singles

AkU said...

erk~~