AFIQ MENANG PHENOMENAL ART DIRECTION

Semalam afiq berkesempatan untuk hadir ke Astro's Nextgen Contentpreneur Awards 2010, pertandingan broadcasting yang dilangsungkan setiap tahun oleh Astro untuk mengiktiraf bakat-bakat muda. Filem pendek afiq yang berjudul Maria di-shortlistedkan dalam category Phenomenal Art Direction.
Rancagan anugerah ini dirakamkan untuk keluaran television (Astro Ria) so afiq tersangatlah resah kerana takut kalah tapi confident sebab tak akan menang. Konflik dalaman! Apabila afiq dengar yang ada 400 submission, sangkaan akan kalah tu dah terbayang-bayang so afiq tak kecoh sangatlah sebelum award night. Takde lah tulis status-status build-up dalam FB. Siap afiq tweet dalam twitter yang afiq confident 98% akan kalah, oh tolonglah 2% lagi!!!!
Long story short, Afiq dinamakan pemenang kategori yang dipertandingkan iaitu Phenomenal Art Direction. Anugerah ini ialah anugerah art direction pertama afiq jadi sekarang afiq boleh dengan bangganya menggelar diri afiq Award-Winning Art Director Muahahahaha! Maka bermulalah faux pas afiq yang paling besar malam itu.

Selalunya bila pemenang dipanggil, sepatutnya pemenang naik ke pentas dan exit melalui ruangan khas di belakang stage. Tapi afiq terlampau nervous sampai tak pedulikan formality tu. Afiq naik ke stage, ambil award, salam Hans Isaac dan terus lompat ke bawah kembali seperti parkour professional. Afiq baru perasan yang afiq salah bila pandang muka orang lain selepas afiq sampai ke kerusi afiq. Muka mereka macam "Ish budak ni pelik betul...."

Alamak! Sejurus selepas insiden tu, ada reporter panggil afiq untuk di-interview. Sewaktu di-interview oleh Astro Ria, afiq terketar-ketar juga. Nasib lensa camera berhenti di pinggang sahaja sebab lutut afiq terketar macam tiang rumah kayu pasangan yang baru kahwin.
Afiq memenangi sebuah trofi, wang 10 ribu ringgit dan peluang pekerjaan bersama Astro. Gila babs! Oh ya afiq juga terserempak dengan Nabil si protege Nora. Bukan Nabil tinggi tu tapi Nabil yang pendek. Kumpulan dia menang dalam salah satu category juga. Afiq sangat teruja sampai ke hari ini (ceh, baru sehari..) dan idea-idea filem baru pun mula membanjiri otak afiq yang seperti store room berhabuk sebelum ini.

Kepada anda yang belum menonton Maria, bolehlah tonton disini. Filem yang agak complicated ye so kalau yang faham tu, tahniah lah.

9 comments:

ainunl.muaiyanah said...

wah! tahniah!. :) :)

Alfairez J. aka Bizkut said...

congratz~ =P Exciting! waiting for your next babies~

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah Afiq

arlina said...

you have no idea how happy i am for you, because i've been following this blog for like so long and finally you made it.

im so happy for you :D

sYukCurz said...

Tahniah.

Afiq Deen said...

Thanks everyone!

Arlina, I haven't made it yet heheh. It's just another step forward.

RITZ CHEWAN said...

Plus now got seed money to finance the shorts...

RITZ CHEWAN said...

Woots next stop Cannes...

Afiq Deen said...

YES YES YES! More quality shorts soon!