Showing posts with label Afiqartoon. Show all posts
Showing posts with label Afiqartoon. Show all posts

MENGUTIP SYILING JUGA DIKIRA MENCURI


REMBAU 18 Jan. – Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya.

Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran di sini.

Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.

Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian. – Utusan

Korang tak tahu ke yang duit tu orang yang punya maka ia HARAM untuk diambil begitu sahaja. Itu kira mencuri. Apa ke ngok mereka yang sanggup gadaikan nyawa semata-mata nak kutip 10,20 dan 50 sen! Dah lah mencuri, lepas tu kasi jam jalan.

Cuba kalau korang terlepas baby korang dari riba dan tiba-tiba makcik random ambil dan buat macam baby tu dia yang punya. Mencuri kan tu? Okay analogi yang agak extreme but the point is apa-apa pun, curi tetap curi. Baby atau duit syiling, semuanya dalam kategori mencuri juga lah genius.

Kalau nak curi sesuatu tanpa berdosa senang sahaja. Curilah hatiku ini. (saya masih single)

; )

UMMI HAFILDA MAHU DEBAT DENGAN ANWAR

If you haven't heard it yet, Ummi Hafilda wants to debate with Anwar Ibrahim. Like most of you guys, I don't have the time and attention span to be bothered about our country's constant politicking. Against all odds, I read through the news and I'm here to deliver the gist of this month's heated discussion.