REMBAU 18 Jan. – Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya.
Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran di sini.
Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.
Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian. – Utusan
Korang tak tahu ke yang duit tu orang yang punya maka ia HARAM untuk diambil begitu sahaja. Itu kira mencuri. Apa ke ngok mereka yang sanggup gadaikan nyawa semata-mata nak kutip 10,20 dan 50 sen! Dah lah mencuri, lepas tu kasi jam jalan.
Cuba kalau korang terlepas baby korang dari riba dan tiba-tiba makcik random ambil dan buat macam baby tu dia yang punya. Mencuri kan tu? Okay analogi yang agak extreme but the point is apa-apa pun, curi tetap curi. Baby atau duit syiling, semuanya dalam kategori mencuri juga lah genius.
Kalau nak curi sesuatu tanpa berdosa senang sahaja. Curilah hatiku ini. (saya masih single)
; )
8 comments:
curi hati eh?
hehehe
kat Malaysia ni pantang nampak benda2 macam ni. lagi duit.peduli apa curi xcuri. janji tuan punya duit xboleh nak marah dah sebab eksiden kan. hehe
single lagi? ;)
bila pula nak eksiden van yg ada duit kertas. senang sikit nak curi. kan3?
kalau duit kertas rm 100, nak jugak aku. hehehehe ni syiling... apekes... dlm beg akupun byk. haha
kot sbenarnya dia nk tolong pakcik hilux tu kutip balik kot *nak jgk konon2 baik di sini* apa pun, ayat last memang.....isk!
"Kalau nak curi sesuatu tanpa berdosa senang sahaja. Curilah hatiku ini. (saya masih single)" - i loikeeee! haha
Haha. The most wonderful phrase in the world - "Curilah hatiku ini."
!! Huhu..
LOL. Afiq, you know what? I did ketawa guling-guling because I can imagine how lembut and sopan you were when you said "Curilah". :p
Argh, please say something that makes sense. Haha.
you should pretend to be lying down in public preferably at the curve and no expensive stuff around you..and when ppl berkerumun around you, you can say...'curi lah apa nak curi...curi lah hatiku ini..saya masih single...
It's true what... I'm still very single and I need a girlfriend!
Post a Comment