Identiti Rahsia Istimewa

Kalau afiq bayangkan identiti rahsia istimewa, mesti terfikir tentang Superman dan Clark Kent atau Batman dan Bruce Wayne, takpun Keluang Man dan Borhan. Memang ada manusia yang beridentiti watak komikal didalam dunia sebenar seperti The Penguin atau identiti rahsianya, Ibrahim Ali. The Penguin: Presiden North Pole yang mahu mempertahankan hak-hak penguin sedunia dengan menggunakan mereka untuk dijadikan bom untuk membunuh Batman.

Identiti rahsianya sebagai Ibrahim Ali: Presiden Perkasa yang mahu mempertahankan hak-hak melayu denggan menggunakan orang melayu untuk bergaduh dengan orang melayu lain yang kurang kemelayuan, untuk membunuh Batman.

Identiti Rahsia tidak termaktub pada watak komik sahaja. Sesiapa sahaja mungkin ada identiti rahsia. Bapa anda yang tampil alim mungkin seorang Mak Ayam popular di Jalan Haji Taib. Adik anda pula mungkin anak salah seorang pelacur dibawah jagaan Madam Joyah (nama samaran bapa anda) Siapa tahu?

Shideo Tokuda, 76, merupakan orang tua Jepun biasa pada luaran. Seorang orang tua yang dah lama bersara, Shideo Tokuda mempunya identiti rahsia yang tidak diketahui bini dan anak perempuannya. Ketika dia tidak menghabiskan masa yang tinggal di dunia yang fana ini dengan keluarganya, Shideo Tokuda bekerja sebagai pelakon porno sub-genre 'mature'.
Tak perlu lagi afiq beritahu yang orang Jepun ni memang sedikit aneh. Porno sahaja ada beratus sub-genre. Ketika tinggal di dorm dahulu, ada seorang kawan afiq (oh, kawan ye...) yang ada fetish tonton porno Jepun yang 'menarik' dan unik dan salah satu daripada koleksi haramnya ialah adegan-adegan golongan atok-atok dengan awek-awek yang setengah abad lebih muda.
Tokuda sudah berlakon dalam 350 filem lucah. Bertuah betul orang tua ni!

Well, identiti rahsianya masih tak diketahui isteri dan anaknya sebab mereka memang tak minat tengok adegan guru yang merotan anak muridnya yang berlaku nakal sehingga murid tersebut menjerit dan meronta-ronta kenikmatan. Ya, imej tersebut akan melekat di kepala otak korang selama (sekurang-kurangnya) seminggu.

Anda ingat filem Nacho Libre? Sebenarnya, filem tersebut berdasarkan cerita sebenar seorang bekas penagih dadah yang insaf dan menjadi seorang paderi di rumah anak yatim di Mexico. Father Sergio Bertinez merupakan paderi yang komited tapi pada waktu malam, dia transform menjadi Fray Tormenta!
Father Sergio bukannya mahu popular atau kaya, dia cuma mahu menanggung perbelanjaan anak yatim piatu yang dijaganya. Selama 20 tahun Fray Tormenta beraksi, wang yang dikumpul digunakan untuk memberi pendidikan yang secukupnya untuk anak-anak yatim piatu. Hari ini, anak-anak yatim yang dijaga Father Sergio semuanya pekerja professionals yang berjaya belaka.

Afiq juga kenal beberapa orang yang mempunyai identiti rahsia istimewa:
Misalnya Saidatul Adawiyah (bukan nama sebenar), seorang Ustazah sekolah menengah juga merupakan blogger gossip yang terkemuka kerana merupakan blogger yang pertama mempublish gambar Zurina Ann Julie yang separuh bogel tu.

Bekas roommate afiq dulu merupakan bapa kepada 3 orang anak tetapi pada waktu pagi-pagi buta, dia akan keluar bilik memakai baju ke-diva-an yang berbling-bling. Setelah lama hairan dengan hobi pakcik kelate tersebut, baru afiq mendapat maklumat yang Abe (bukan nama samaran sebenar) merupakan performer Sharifah Aini di satu kelab malam yang popular dengan performer amfibia/dua alam. Rakan yang agak rapat afiq dahulu merupakan remaja normal yang sudah berawek tetapi afiq telah mengantoikan identiti rahsianya yang agak memalukan.

Oleh kerana dia meninggalkan afiq didalam biliknya keseorangan untuk membeli milo ais di kafeteria, afiq terserempak koleksi foto dia yang telanjang bersama lelaki-lelaki lain yang gemuk yang punyai badan yang berlapis-lapis seperti Jabba the Hutt. Rupa-rupanya Imran Khalidi Bin Imran Naim (bukan nama sebenar) ialah seorang Serial Chubby Chaser! (sila google kalau anda puasa hari ini)

Afiq pasti Malaysia mempunya ramai orang yang mempunyai identiti rahsia kerana kita tidak pernah kurang manusia yang hipokrit dan bermuka-muka.

Kalau anda ada satu identiti rahsia, apakah ia? Oh haahkan, kalau rahsia mana boleh bagitahu orang.

Bengong.

3 comments:

ZWAN SABRI said...

Agak terkejut beruk bila terbaca

"Rakan yang agak rapat afiq dahulu merupakan remaja normal yang sudah berawek tetapi afiq telah mengantoikan identiti rahsianya yang agak memalukan. Oleh kerana dia meninggalkan afiq didalam biliknya keseorangan untuk membeli milo ais di kafeteria, afiq terserempak koleksi foto dia yang telanjang bersama lelaki-lelaki lain yang gemuk yang punyai badan yang berlapis-lapis seperti Jabba the Hutt." HAHA




http://mysuarablog.blogspot.com/2011/01/pilihan-gadis-malaysia-cerah-atau-gelap.html

Anonymous said...

Superb blog post, I have book marked this internet site so ideally I’ll see much more on this subject in the foreseeable future!

Kacaks ! said...

we all have dark secret.