SELAMAT HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU


Tap tup tap, dah akhir tahun. Sekejap gila rasa. Macam-macam yang terjadi tahun ni, pelbagai kejayaan dan rintangan yang dilalui. Marathon tidur, marathon makan, marathon tengok TV, marathon editing semuanya telah dirasai. Marathon sebenar je belum lagi. Tahun ni afiq banyak gila belajar benda-benda baru, afiq dah direct satu music video, buat iklan TV, direct entah berapa banyak filem pendek, menang itu ini dan paling penting sekali afiq telah belajar untuk mengontrol rasa nak buang air selepas minum minuman yang bersusu.

Sekarang ini antara isu yang paling hangat ialah religious pluralism yang bermaksud mempercayai lebih daripada satu agama. Ramai 'Ustaz-ustaz' merasakan bahawa menyambut perayaan agama lain bermaksud kita menduakan agama. Pernah ada kes dahulu dimana kita diberitahu yang perbuatan mengucapkan selamat hari perayaan satu perbuatan syirik. Oh well, Islam yang afiq belajar di sekolah pondok dan UIA tak pernah pun belajar yang merayakan sambutan rakan-rakan beragama lain haram (selagi kita tidak melampaui batas dengan mempercayai elemen-elemen agama tersebut).

MAIM haramkan orang bukan Islam daripada menyebut perkataan berunsur Islam seperti Iman. Di Selangor pula, orang bukan Islam dilarang masuk ke Masjid. Babi dilontarkan kedalam Surau. Gereja pula dibaling molotov cocktail. Something is wrong in Malaysia dan pemimpin-pemimpin Islam kita bukannya nak mendidik umat Islam disini untuk bertoleransi tetapi mereka lebih mengapi-apikan isu-isu ini. Pakar agama yang dianggap moderate pula hampir dipenjarakan.

Apakah punca extremism ini? Entahlah cik Kiah, afiq pun tak tahu. Yang afiq pasti sekarang ini orang lebih gemar mengikuti agama dengan membabi buta. Mereka hanya mengiyakan apa yang didengar tanpa kaji selidik sendiri. Ini telah menyebabkan extremism diantara golongan Pseudo-religious iaitu orang-yang-selama-ni-tak-pernah-pun-peduli-pasal-agama-tiba-tiba-insaf-pastu-ingat-dia-dah-terer-agama-sebab-dia-dengar-ceramah-situ-sini.

Kepada pembaca yang terasa pedas, sila minum air. Sesudah minum air, sebelum menilai sesuat belajarlah latar belakang perkara tersebut dari pelbagai sudut, janganlah terus melayakkan diri anda sebagai pakar agama kerana hanya membaca beberapa blog-blog berunsurkan agama.

Selamat Hari Krismas dan Happy New Year!

9 comments:

Nur said...

yeah i like...bkn salah pon celebrate asalkan tak melampaui baras sdah..huhu...

Ayu said...

afiq, sebenarnya, malaysia SANGAT memerlukan orang macam u. moderate, sempoi, selamba, lawak dan walaupun ramai orang tak perasan (sbb u jarang cerita kot... heheheee) sangat genius dan berbakat.

keep up the good work afiq n i akan support u all the way.

muah muah!

ariz azali said...

afiq, kenapa aku letak ko dalam bloglist aku dan kenapa aku follow blog ko ?
sebab aku suka tengok cara ko tulis dalam bahasa inggeris. aku dapat belajar bahasa inggeris dari situ, sebab BI aku ni hampeh.
jadi bertaubat la eh. hehehehe
sebab aku tgk semenjak du menjak ni, ko tulis dalam BM.

RITZ CHEWAN said...

Late comers to the prayer mat. Are like late boarders on a flite. Trust me I quite know the latter. The late boarder. Cos that is me.

Now, the parallel. They are greeted at the gate and airplane door by irritated staff by "Alamak kita dah lima minit lambat".

Then the late comer has to bump their luggage into people who have settled down and wondering which bugger held up their flite for them. You know after the announcement En Ritz if you are on board please put your hand up.

To get to my seat, window of course I get to get people out into the aisle or at least kick 3 pairs of legs just to get there and oh! get them out again cos i'd forget to put my hand carry up into the over head bins.

Believe me, I late comer's to the prayer mat irritate the hell out of me too.

Ko tengok aku macam ni pun but I aced my Islamic Legal System and Usul Fiqh papers kay... Qawaid fiqhiyyah oso my favorite papers. Hehe...

"Last call for flite MH123 to Penang. Can Passenger Ritz Ghazali please report to Gate D immediately." I lift m head from the free read in the Mamak Mag shop. And make my dash to the gate.

Here we go again...

RITZ CHEWAN said...

So the late comer to the prayer mat dah book dalam kepala dia nak slat kat saf pertama sedangkan sumer org dah lamatunggu sejak azan yang pertama.

Dahla tu nak solat betul belakang Imam lak tu.

Tu-lah orang panngil cetek ilmu tapi nak amalan yang tertinggi...

Anonymous said...

Syaikhul Islam Ibnu Timiyah berkata, "Ikut merayakan hari-hari besar mereka tidak diperbolehkan karena dua alasan".

Pertama. Bersifat umum, seperti yang telah dikemukakan di atas bahwa hal tersebut berarti mengikuti ahli Kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita dan tidak ada dalam kebiaasaan Salaf. Mengikutinya berarti mengandung kerusakan dan meninggalkannya terdapat maslahat menyelisihi mereka. Bahkan seandainya kesamaan yang kita lakukan merupakan sesuatu ketetapan semata, bukan karena
mengambilnya dari mereka, tentu yang disyari'atkan adalah menyelisihiya karena dengan menyelisihinya terdapat maslahat seperti yang telah diisyaratkan di atas. Maka barangsiapa mengikuti mereka, dia telah kehilangan maslahat ini sekali pun tidak melakukan mafsadah (kerusakan) apapun, terlebih lagi kalau dia melakukannya.

Alasan Kedua.
Karena hal itu adalah bid'ah yang diada adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahwa sangat dibenci hukumnya menyerupai mereka dalam hal itu".

Beliau juga mengatakan, "Tidak halal bagi kaum muslimin ber-Tasyabuh (menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka ; seperti, makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, meliburkan kebiasaan seperti bekerja dan beribadah ataupun yang lainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut. Tidak halal mengizinkan anak-anak ataupun yang lainnya melakukan permainan pada hari itu, juga tidak boleh menampakkan perhiasan.

Ringkasnya, tidak boleh melakukan sesuatu yang menjadi ciri khas dari syi'ar mereka pada hari itu. (Dalam Iqtidha Shirathal Mustaqim, pentahqiq Dr Nashir Al-'Aql 1/425-426).

Sarah said...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Menyambut perayaan orang lain adalah dibolehkan selagi kita tidak mengikut adab keagamaan perayaan berkenaan. Sebagai contoh, cukup menyambut sekadar menghormati rakan-rakan kita yang beragama lain tanpa perlu mengikut adab dan resam kegamaan mereka.

Tetapi, pengecualian adalah tertakluk untuk perayaan agama Kristian dan Yahudi, dimana umat Islam dilarang oleh Rasulullah SAW untuk menyambut atau meraikan perayaan berkenaan kerana persamaan corak keagamaan dengan Islam dan dikhuatiri umat Islam akan terpesong akidah.

AA said...

Man, people should loosen up.

Afiq Deen said...

Ariz, baik kau upah cikgu tuition inggeris je hahaha!