Oh afiq ada agak ramai haters sejak afiq mula memblog. Anda yang baru mula baca blog afiq mesti tertanya-tanya, kenapalah orang nak bencikan blog yang informatif dan penuh isu-isu berunsur ilmiah ini? Actually, sebelum ini, blog afiq berbahasa inggeris dan menyentuh isu-isu yang kontroversi. Setelah 3 tahun aktif memblog, afiq dah mengumpul beberapa haters yang tegar. Mereka bukan sahaja pernah hack blog afiq selama beberapa minggu tapi juga membuat mirror blog yang bertujuan untuk memalukan afiq.
Afiq, pemuda 23 tahun yang single dan tidak ada prospek pekerjaan yang lumayan pun boleh mengumpul haters, apatah lagi si budak sensasi seperti Justin Bieber. Kasihan dia, kalau sejuta menyanjung dia, sejuta lagi akan bergasak untuk baling botol air semasa dia perform on stage.
Kepada pembenci dan haters Justin Bieber, adakah dia telah memperkosa adik perempuan anda sebelum mencuri kucing kegemaran keluarga anda? Adakah dia penyebab recession di Eropah dan Amerika Syarikat? Adakah dia bapa kepada ibu-ibu muda yang membuang anak di kilang kacang soya yang kebetulan disebelah pusat kitar semula? Kenapa anda benci dia sangat? Afiq rasa explaination yang paling simple ialah perasaan Schadenfreude anda terlalu membuak-buak sehingga meleleh-leleh di parit bibir anda yang terketar-ketar gatal.
Perasaan iri hati itu lebih baik kalau dimanifestasikan dengan tindak laku positif seperti menemani nenek india tua ke pasar untuk membeli rempah ratus atau shopping kain bersama ibunda tersayang di Kamdar sebelum raya (alamak flashback! stresssstressss) takpun menolong bapa anda trim pokok bonzai di depan rumah sebelum dimarahi kerana tidak menggunakan teknik bonzai yang betul.
Jadi tolonglah, haters-haters diluar sana, jadilah lovers dan belajar untuk membuka hati anda pada Justin Bieber. Mana tahu satu hari nanti dia sakit perut selepas makan nasi kandar (sewaktu showcase-nya di Malaysia) mungkin dia mahu meminjam tandas rumah anda. Tak ke rasa bodoh kalau anda benci Bieber sewaktu itu? Mixed feelings kepala hotak, dia Justin Bieber, kau siapa???
6 comments:
hahaha, actually setiap kali afiq ckp 'unbelieber' tuh sgt annoying mcm annoying ornge.
hahaha..nice one..made my day..
\(@___@)/
annoying kan? hehehehe!
thanks aini :D
tak sangka your voice would sound like this macam berbeza gila dengan the way you blog hehe and i love the twilight's part esp yang ada tipu tu hahaha nice one :D
I know right... I've always thought that he would sound serious and dark and angry but when I knew him personally, he is actually very cheerful, bubbly and happy-go-lucky. It was very surprising to say the least but his ideas and the things inside his brain is out of the world, complex and insightful.
I personally think his bubbly persona is his cover, to balance his otherwise twisted mind. Or maybe.... he is bipolar.
Ah patutlah rasa semacam, ngumpat ye!!
Yes yes I have a small voice which sounds very airy and berangin. Ada idea for next week's vlog? Cadangan diterima dengan hati terbuka :)
Post a Comment