Pantun Puasa

Sempena puasa esok, Afiq mengarang 10 rangkap pantun:

Elok-elok orang tengok iklan,
Tiba-tiba ada orang tua duduk manja,
Ingatkan Bapa Kepenatan,
Rupanya penyimpan mohor diraja.

Kamera zoom dekat muka dia,
Dengan konfiden Tan Sri bersuara,
Satu rumah senyap seketika,
Sebelum satu dunia huru hara.

Jangan sekali berputus asa,
Semangat berapi jangan dipadam,
Esok dah nak mula puasa,
Hari ini kenalah balas dendam.

Niat puasa kenalah sah,
Jangan ada puasa lepas yang tak bayar,
Selalu nak suruh mandi punyalah susah,
Tapi hari pertama macam amfibia.

Makan sahur pagi-pagi,
Sebelum imsak dah celik,
Petang-petang gosok gigi,
Kumur air tak ludah balik.

Hari kedua dah okay sikit,
Tengah hari masih segar,
Petang ada la sikit sakit,
Nak dekat maghrib terketar-ketar.

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Amalan bersabar haruslah dipupuk,
Orang dewasa hendaklah mengajar belia,
Bukan bergaduh nak bubur lambuk.

Remaja lelaki memang gatal,
Batal puasa atas sebab lain,
Iman dan taqwa haruslah kental,
Takpun potong je streamyx line.

Pertengahan bulan puasa memang perit,
Tapi rukun ketiga harus diakur,
Budak perempuan paling hipokrit,
Bila kantoi je alasan universal: uzur.

Mr. Zoran tidak puas hati,
Sebab pantun tidak punyai ragam,
Penulis menjawab dengan suka hati,
Orang yang tak puasa takkan faham.

Orang ramai dipersilakan membalas mana-mana rangkap pantun yang dipaparkan.

8 comments:

tia said...

adoi..
percubaan pertama kew?
dahsyat tul!
takpe..
usaha itu tangga kejayaan!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

Bapa Kepenatan tetap maintain,
Walaupun dari dulu asyik mukanya interprem;
Untuk Afiq puasa jgn ponteng, (silent G so that the rhythm will sound same...keke)
Bukalah puasa dengan kurma bukannya eskrem.

=D Salam Ramadhan beb...

naqibmiller said...

slm ramadan...
err...
ko ni Mr.D*mm*t ek??

Afiq Deen said...

Bukak puasa buka tudung saji,
Ada kuaci,
Mana boleh guna silent g,
Mana aci.

encik dammit blog lain kot. Bukan blog ni. Ni blog afiq deen, bukan afiq anuar.

i'm_siCK_n_tiReD said...

gatal memang remaja lelaki,
sebab kurap dan peta dunia,
kenapa orang x suka pose,
sungguh bodoh orang itew...

hao meh??

YayaEdna said...

tarik tali ikat tali..
tali diikat di tepi dahan pokok..
selamat berpuasa afiq..
semoga anda berpuasa penuh...

heheheeee... :D

Nina said...

seronok baca pantun adik Afiq ni..
slamat berpuasa.. :)

Andre Ruth said...

Bukak puasa buka tudung saji, Ada kuaci, Mana boleh guna silent g, Mana aci. encik dammit blog lain kot. Bukan blog ni. Ni blog afiq deen, bukan afiq anuar.